Akaun pdcshop.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Qurban Makkah

Qurban Makkah

Qurban

Qurban bermaksud menyembelih haiwan ternakan tertentu pada 10-13 Zulhijjah (Aidiladha + 3 hari Tasyrik) dengan tujuan ber’taqarrub’ kepada Allah SWT. ‘Taqarrub’ bermaksud perbuatan atau amalan yg dilakukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah korban merupakan amalan yang paling dicintai oleh Allah pada hariraya Aidiladha & sunnah yang hampir tidak pernah ditinggalkan oleh semua para sahabat & salafussoleh.

Ibadah korban yang paling baik ialah dengan melakukan sembelihan & agihan di tempat sendiri. Haiwan korban yang paling afdhol (baik) ialah seekor haiwan yang gemuk lagi sempurna. Menurut Imam Syafie, beliau berkata: “yang paling banyak nilai adalah lebih afdhal daripada yang paling banyak bilangan”.

Haiwan yang paling terbaik ialah seekor unta, seekor lembu/kerbau seterusnya seekor kambing. Allah memberi keringanan kepada hamba-hambanya yang kurang berkemampuan untuk berkorban dengan satu bahagian unta dan akhir sekali satu bahagian lembu.

 

Dalil, Pensyari'atan dan Hukum Qurban

 

Pensyari’atan Qurban

 

Allah SWT telah mensyariatkan kurban dengan firman-Nya, “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat karena Tuhanmu, dan berqurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membencimu dialah yang terputus.” (Al-Kautsar: 1 — 3).

Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan dari padanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” (Al-Hajj: 36).

Dari Aisyah ra, Nabi saw bersabda, Tidak ada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada hari raya Qurban yang lebih dicintai Allah SWT dari menyembelih binatang qurban. Sesungguhnya binatang qurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah,  ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kalian semua dengan (pahala) qurban itu.”

(HR Tirmidzi).


Hukum Qurban

 

Ibadah kurban hukumnya sunnah muakkadah (sunnah yang sangat dianjurkan). Bagi orang yang mampu melakukannya lalu ia meninggalkan hal itu, maka ia dihukumi makruh. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahwa Nabi saw pernah berkurban dengan dua kambing kibasy yang sama-sama berwarna putih kehitam-hitaman dan bertanduk. Beliau sendiri yang menyembelih kurban tersebut, dan membacakan nama Allah serta bertakbir (waktu menyembelihnya).

 

Dari Ummu Salamah ra, Nabi saw bersabda, “Dan jika kalian telah melihat hilal (tanggal) masuknya bulan Zulhijjah, dan salah seorang di antara kamu ingin berkurban, maka hendaklah ia membiarkan rambut dan kukunya.”                                                                                                                   

HR Muslim



Soal Jawab Berkaitan Qurban

1. Siapakah yang dikatakan mampu qurban

  • Orang yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilaian harga binatang qurban daripada keperluannya dan keperluan orang dibawah tanggungannya pada hari Raya Qurban dan hari-hari Tasyriq

2. Apakah hukum orang yang mampu qurban tetapi tidak melaksanakannya

  • Makruh, yakni tidak berdosa tetapi tidak disukai Allah SWT

3. Apakah binatang qurban dan bolehkah berkongsi binatang kurban tersebut

·         Kambing untuk seorang sahaja

·         Unta/Lembu/Kerbau boleh dikongsi oleh 7 orang

 

4. Bolehkah qurban dibuat dinegeri atau dikawasan selain tempat tinggal sendiri?

  • Boleh

5. Apakah fadhilat qurban

  • Penebus dosa-dosa kecil
  • Mendapat hasanah, yakni kebaikan
  • Mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah
  • Membentuk peribadi ikhlas, qanaah, berbelas ikhsan dan saling membantu




Latar belakang kami:

 

Kami adalah sebuah syarikat umrah berlesen, PDC Travels Sdn Bhd, dan telah menguruskan pakej umrah, qurban dan aqiqah di Makkah sejak tahun 2012. Kami mempunyai pegawai di Makkah yang menguruskan semua urusan kami disana.

 

 

Bukti Sembelihan Qurban

 

1. Kami akan menghantar video sembelihan binatang qurban kepada setiap peserta.

2. Sembelihan akan dilaksanakan pada hari-hari tasyrik ( 11 - 13 Zulhijjah)

3. Peserta akan menerima sijil penyertaan qurban

 

 

Cara Tempahan

 

1. Peserta mengisi borang tempahan qurban seperti dibawah.

2. Peserta membayar harga seperti tertera didalam borang. Pembayaran boleh secara terus online (Toyyibpay) atau boleh juga internet transfer atau ATM. (Sila upload bukti pembayaran)

3. Sila letakkan nama peserta qurban diruang yang disediakan.


Perlu bantuan?