Akaun pdcshop.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Badal Haji 2022

Badal Haji 2022

Takziah daripada kami diatas kehilangan ahli keluarga tersayang. Kami mendoakan agar almarhum/almarhumah diletakkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Yang pergi telah pun pergi, namun tanggungjawab kita sebagai waris jangan dilupakan.

Lantaran itu, mari kita semak;-

SUDAHKAH segala hutang-hutang nya dijelaskan, jika ada

SUDAHKAH difidyahkan segala hutang puasanya, jika ada

SUDAHKAH dibayar zakat hartanya

dan

SUDAHKAH almarhum/almarhumah menyempurnakan Rukun Islam ke 5, menunaikan Fardhu Haji

Jika belum, jika ada hartanya, maka sempurnakanlah Badal Haji nya sebelum hartanya difaraidkan.

Namun jika tiada hartanya, tidak kah anda mahu menjadi anak-anak yang soleh/solehah dengan membantu almarhum/almarhumah menyempurnakan ibadah hajinya.

Lantaran itu, tunaikan lah Badal Haji untuk almarhum/almarhumah bapa/ibu tersayang.


Apakah maksud Badal Haji

Badal Haji bermaksud upah haji yang dibenarkan oleh Islam bagi mereka yang telah uzur atau telah meninggal dunia.


Hukum Badal Haji

Jika seseorang itu belum mengerjakan haji sewaktu masih hidup, sedangkan dia mampu, maka WAJIB bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusakanya. Jika dia belum mengerjakan haji kerana tidak mampu, maka SUNAT bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusakanya, atau dari harta si waris itu sendiri.

Hadis daripda Nabi S.A.W

– حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما-: “أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ، فَاللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ”.

Maksudnya: Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya,tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.

Soal Jawab Berkaitan Badal/Upah Haji

  1. Apakah hukum menghajikan orang yang telah meninggal dunia?
    Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.
     
  2. Adakah wajib dihajikan orang yang telah meninggal dunia dari harta peninggalannya sedangkan semasa hayatnya beliau belum lagi menyempurnakannya walaupun kemampuannya telah mencukupi?
    Ya, wajib di hajikan daripada harta peninggalannya kerana kewajipan itu tertakluk kepada harta dan menjadi tanggungjawab waris mengeluarkan bahagian hajinya.
     
  3. Apakah wajib ke atas si waris untuk menghajikan orang yang meninggal dunia yang tidak meninggalkan sebarang harta pusaka?
    Tidak wajib.
     
  4. Apakah pahala yang dapat diperolehi jika mengerjakan haji bagi orang yang meninggal dunia?
    Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu pula gugur kewajipan.
     
  5. Bolehkah seorang yang tua atau uzur kerana sakit dan tidak ada harapan sembuh mewakilkan kepada orang lain untuk mengerjakan haji bagi dirinya?
    Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata "makdhub".
     
  6. Bolehkah seorang wanita mengerjakan haji untuk seorang lelaki yang meninggal dunia?
    Boleh.
     
  7. Bolehkah seseorang mengerjakan haji untuk orang yang meninggalkan dunia lebih dari seorang?
    TIDAK BOLEH. Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu.
     
  8. Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahwa Rasulullah saw. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."


Pakej Badal Haji PDC Travels :

1. Pelaksana Badal Haji kami adalah terdiri dari Petugas Haji dan Mukimin Makkah, iaitu orang yang bermukim di Makkah.

2. Kami mempastikan bahawa setiap pelaksana Badal Haji memenuhi syarat-syarat pelaksanaan seperti berikut :

  • Mereka telah pernah menunaikan haji
  • Tahu hukum dan syarat-syarat sah haji - BERILMU

3. Jaminan wang dikembalikan sepenuhnya jika Kerajaan Saudi membatalkan musim haji atau berlakunya perubahan SOP yang mengakibatkan kegagalan untuk kami menyempurnakan Ibadah Haji.


Kami telah membantu ribuan keluarga menunaikan Badal Haji untuk ahli keluarga mereka sejak 2012. Perkhidmatan kami sangat diyakini dan kami mempunyai akad yang jelas dengan para pelaksana. 


Kandungan Pakej Badal Haji 1443H PDC Travels

  • Haji
  • Satu kali umrah
  • Sijil Badal Haji
  • Hadiah Sejadah Premium Madinah


Tempah segera selagi slot masih ada



Perlu bantuan?