Aqiqah Kambing Makkah
Keterangan berkaitan pakej
1. Aqiqah Standard
Sembelihan kambing aqiqah. Daging kambing akan diagihkan kepada penduduk sekitar Makkah.
Video sembelihan dan Plaque Sijil Kayu
2. Pakej Aqiqah
Sembelihan kambing aqiqah, dimasak bersama nasi, dibungkus dan dibahagikan kepada orang-orang di Makkah. Bilangan penerima adalah sekitar 45 orang untuk seekor kambing
Video sembelihan, video/gambar pembahagian makanan dan Sijil Plaque Kayu
Aqiqah
"Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya”. (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)
Menurut istilah hukum syarak aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.” Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.
Aqiqah adalah perkara sunat yang dituntut setiap ibubapa melaksanakannya untuk setiap anak yang dilahirkan. Sunat juga dilaksanakan pada hari ketujuh kelahiran bayi tersebut, disampng memberikan nama yang baik untuk anak tersebut.
Untuk lelaki disunatkan sembelihan 2 ekor kambing manakala satu ekor untuk anak perempuan.
Afdalnya daging aqiqah ini dimasak dan disedeqahkan. Jadi team kami bukan setakat mengurus sembelihan kambing, tetapi kambing tersebut akan dimasak, dibungkus bersama nasi dan diinfaqkan kepada orang-orang miskin di Makkah.
Kambing Sihat
Video
Sijil Pengesahan
Apa bukti kerja kami:
Kami akan hantar video perlaksanaan sembelihan dan kerja-kerja agihan makanan apabila semua kerja tersebut diselesaikan.
PDC Travels Sdn Bhd adalah sebuah sebuah agensi umrah berdaftar dan telah beroperasi lebih dari tahun 2012, maka tiada masaalah untuk kami menguruskan perkhidmatan ini.